Kisah Benar Ganggu

 


TAJUK: GANGGU

KARYA:TOK ROHBANIYAH


Salam semua.  Aku nak share satu pengalaman seram. 


Aku tulis di siang hari sebab kalau malam aku tak berani. Hehe... Benda ni jadi dah lama, tahun bila pon aku tak ingat. Entah sejak bila hidup kami sekeluarga mula diganggu 'benda' ni. Banyak jugaklah yang berlaku, cuma hari ni aku nak share salah satu kejadian yang aku masih ingat. 


Aku ni memang susah nak tidur. Aku tidur berdua dengan adik perempuan. Adik lelaki aku tidur depan TV. Mak pula pukul 10 dah belayar ke alam mimpi. Masa tengah baring2 tu kucing adik aku datang dekat kami lalu pandang dinding dekat hujung kepala kami. Nama kucing kami Genji. Si Genji ni gegirl ok. Genji mula membuat bunyi macam marah2. Aku pantang betul dengar kucing bunyi macam tu. Aku halau Genji keluar dari bilik. Nyah kau dari sini. 


Malam tu lepas jam 12 tengah malam aku dengar ketukan pada dinding bilik kami. Mula2 di sebelah kiri. Selang seminit di hujung kepala aku dan selang seminit lagi di dinding sebelah kanan pula. Aku Agak2 jela selang seminit tu, sebab aku tak kira selang berapa puluh saat masa tu. 


Okey, Aku buat bodo je sebab ingatkan anak manusia yang saja nak mengganggu. Aku taknak fikir yang bukan2 sebab kalau dah mula fikir, otak aku tak boleh nak stop. Dan aku ni boleh tahan penakut jugak.😂


Aku alih fikiran dan otak aku mula berimaginasi yang indah2. Dalam aku melayan perasaan aku rasa kepala aku di usap lembut. Mula2 aku buat tak tahu, ingatkan perasaan aku je.  Tapi makin di usap dan dibelainya rambut aku. Meremang satu badan woooo..... 


Ini tak boleh jadi!! Aku sambar bantal dan lari keluar dari bilik. Aku parking sebelah adik lelaki aku. Aku kejutkan adik aku beberapa kali tapi adik aku ni tidur mati. Bom meletup sebelah dia pon belum tentu dia sedar. Aku cuba tenangkan perasaan. Belum sempat aku usir rasa takut dia dah mula.


Dia mula main lari2 kat atap. Jelas sangat bunyi berlari tu. Kalau dengar pada larian dia tu mau runtuh atap rumah buruk aku ni. Aku si penakut ni terus sondol kepala bawah ketiak adik aku. Pejam mata rapat2. Lepas penat berlari dia main seret2 pulak. Macam mana bunyi pelepah kelapa diseret atas zink, macam tulah bunyi dia. Alahai....  Aku try kejut adik sekali lagi. Sungguh usaha yang sia-sia.. dok layan stabuk! Apesal aku sorang je yang dengar? Ini tidak adil!


Jantung aku ni dah macam nak tercabut keluar. Degupnya makin kencang macam kenderaan mau perang. ehh.. Aku baca ayat kursi dalam hati dengan harapan gangguan ni berhenti.  Sesungguhnya hanya Allah yang mampu menolong aku. Tapi jalannya tidak mudah. Dari  atas atap dia turun ke bawah. Makin berani nampak!  Dalam aku duk membaca tu dia jalan hentak2 kaki dalam rumah pulakk!! 


Dia jalan dari pintu bilik mak ke pintu dapur. Pintu bilik mak dan pintu ke dapur ni dekat je. Dalam 15 step macam tu je. Dia ulang alik sambil hentak kaki.  Clear je bunyi tapak kaki dia. Betul2 hujung kepala aku pulak tu!! Sungguh kurang ajar!! Satu badan aku naik meremang. Bergegar lantai rumah dibuatnya.  Rumah aku ni rumah papan. Lantainya rapuh dan bila pijak je akan ada bunyi kruukk kreeikk di sana sini.


Aku bukak mata tapi tak ada apa yang kelihatan. Cuma bunyinya sahaja. 


Makin aku ulang ayat kursi makin galak dia. Marah agaknya kut. Tak adanya aku nak berhenti baca. Jangan kau pandang rendah aku punya penakut! Tak cukup dengan baca, aku pasang ayat kursi dan surah yasiin dalam henfon. Tak lama lepastu dia berhenti. Alhamdulillah. Dah penat agaknya. Dari luar rumah, naik ke atap,  lepastu dalam rumah lagi. 


Aku ulang2 baca ayat kursi sampai tertidur. Henfon aku biarkan replay ayat kursi dan yaasin sampai pagi. Bila cerita dekat family, adik perempuan aku cakap dia pun rasa jugak diusap rambut malam tu.  Lepastu dia nampak ada nenek tua duk dekat hujung kaki dia. Dia takut, tapi dia buat bodoh dan tido. 😂😂

Ulasan

Trending Now

Pindah

Siapa Mawar (PART2)

Siapa Mawar (PART3END)