Nasi Tangas
TAJUK:NASI KANGKANG
MAD PI
*************
Zaim dan Aina sudah lama bercinta.Sejak mereka masih di bangku sekolah lagi dan setelah mereka bekerja,Zaim membuat keputusan untuk melamar Aina. Sudah tentu Aina menerima lamaran itu dengan hati yang terbuka kerana sudah lama mereka bercinta.
Berbunga-bunga hati Aina setelah menerima lamaran daripada Zaim.Begitu juga Zaim.Akhirnya hubungan ini melangkah ke peringkat yang seterusnya iaitu pernikahan.Selepas ini tiada lagi yang membataskan mereka kerana hubungan mereka sudah halal.
Walaupun sudah bercinta sejak sekolah.Batas pergaulan mereka tetap dijaga, lebih-lebih lagi Zaim.Dia benar-benar mencintai Aina.Zaim menjaga Aina sepenuh hati tanpa mengambil kesempatan sekalipun ke atas kekasihnya itu.
**************
"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Siti Nurul Aina Syazlina Hidayu Binti Aziz dengan mas kahwinnya bernilai seribu ringgit tunai," lafaz ayah Aina.
"Aku terima nikahnya,Siti Nurul Aina Syazlina Hidayu Binti Aziz dengan mas kahwinnya bernilai seribu ringgit tunai," balas Zaim.
"Sah!" kedengaran daripada para saksi.
Impian Zaim untuk hidup bersama,menjaga dan membahagiakan Aina akhirnya tercapai jua.Mereka disatukan dengan ijab dan kabul dan restu daripada ibubapa kedua belah pihak.Majlis mereka disambut dengan meriah dengan undangan yang begitu ramai.
************
Tiga bulan kemudian, Aina disahkan hamil. Betapa gembiranya mereka berdua lalu dikongsikan berita itu pada keluarga kedua belah pihak.Dengan kehadiran anak pertama mereka menambahkan lagi kebahagiaan rumahtangga mereka.
Menjadi tanda dan bukti kasih sayang mereka berdua.Semakin sayang dan utuh kasih sayang dan cinta Zaim pada isterinya itu.Kini keluarga mereka sudah lengkap. Masing-masing sudah bergelar ibu dan bapa.Anak mereka ditatang bagai minyak yang penuh.
***********
Ketika Aina dalam pantang anak yang ketiga,Zaim mula berubah.Dalam tempoh Aina berpantang di kampung, sekalipun Zaim tidak balik menjenguk isteri dan anak-anaknya. Alasannya kerana sibuk bekerja, dan tidak sempat untuk pulang ke kampung.
Zaim hanya muncul ketika datang menjemput Aina, selepas empat bulan isterinya itu bersalin.Selepas melahirkan anak kedua,Aina sudah berhenti kerja dan mengambil keputusan untuk menjadi surirumah sepenuh masa.
Selepas Aina pulang ke rumah mereka,dia mendapati Zaim berubah dengan agak ketara.Sering tidak pulang ke rumah apetah lagi dihujung minggu.Langsung tidak nampak batang hidungnya. Apabila ditanya,Zaim melenting dan mula bersikap panas baran.
Anak-anak dan isteri menjadi mangsa.Acap kali Aina dan anak-anak dipukul lantaran hal yang remeh temeh.Habis bengkak dan lebam badan mereka.Hidup Aina kini berendam air mata mengenangkan nasib diri dan juga anak-anak.
Lelaki yang dicintainya sejak dulu kini sudah berubah.Kasih sayang Zaim padanya seakan telah pudar.Sedangkan dulu Zaim berjanji akan setia menjaga dan mencintainya hingga ke akhir hayat.Namun sekarang ia hanya tinggal janji.
***********
Sudah lama Zaim tidak 'menyentuhnya'.Betapa dia rindu akan belaian suaminya itu seperti dahulu.Bukan nafkah batin sahaja diabaikan, nafkah zahir turut terabai.Makan minum anak isteri diabaikan terus oleh Zaim. Sehingga Aina terpaksa meminjam untuk membeli susu anaknya.
Aina tidak menceritakan masalah rumahtangganya itu pada ahli keluarganya.Dia tidak mahu menyusahkan hati orang tuanya.Hanya sahabat dari tempat kerja lamanya menjadi tempat mengadu dan meminjam wang.Badannya penuh dengan lebam kerana dipukul suaminya sendiri. Hidupnya tertekan.
Dengan bantuan sahabat Aina,akhirnya tembelang Zaim pecah.Aina mendapat tahu yang Zaim sudah beristeri lain.Isteri yang lebih cantik dan muda.Betapa hancur luluh hatinya bila mendapat tahu hal itu.Angkara perempuan lain suaminya telah berubah sikap.
***********
"Abang, bila abang nak ceraikan isteri tua abang tu," tanya isteri muda Zaim,Sherry.
"Nantilah sayang, sabar ya nanti abang akan jadi milik sayang sepenuhnya,"balas Zaim.
Ting tong!
Ting tong!
Ting tong!
Kedengaran loceng berbunyi. Sherry bergegas membuka pintu lalu Sherry memanggil Zaim.Berdiri di muka pintu ketika itu Aina dengan anak-anaknya.Berlinang air mata Aina melihat suaminya disamping perempuan lain.
Belum sempat dia berbicara, Zaim mengheretnya lalu menghalau Aina dan anak-anak mereka. Dia berjanji lusa akan pulang kerumah.Hancur hati seorang isteri bila dihalau suami sendiri. Bertambah remuk hati bila memandang anak-anak menangis teresak-esak.
Hujan turun dengan lebatnya.Mereka kebasahan sementara menanti teksi datang.Setiba di rumah Aina meraung sekuat hati. Dendam dan sayang bersilih ganti.Dia memandang wajah anak-anaknya satu persatu.Kasihan mereka.
Tiada lain tempat untuk mengadu selain rakannya.Rakannya begitu marah dengan perbuatan Zaim lalu mencadangkan Aina berjumpa dengan Embah Jaki.Aina hanya menurut kerana ketika itu dia buntu dan berdendam dengan suami dan isteri mudanya.
*************
Tiba-tiba angin datang bertiup entah dari mana puncanya.Aina melihat satu lembaga hitam seperti bayang-bayang mengelilinginya.Embah Jaki sudah menjelaskan akan kehadiran lembaga tersebut. Tidak lain tidak bukan untuk menjadi khadam Aina.
Aina sebenarnya berasa takut.Lembaga hitam itu berada di sisinya. Dia tahu perbuatannya itu salah. Tapi demi membalas dendam pada suami dan madunya.Dia ketepikan pendirian agamanya.Begitulah apabila dendam menguasai diri. Seakan hilang pedoman.
Satu persatu Aina mengikut apa yang diarahkan oleh Embah Jaki. Diletakkan nasi yang masih panas yang dicampur najisnya di celah kelangkang. Lalu dibacanya mantera tersebut.Dia nekad.Malam itu Zaim pulang ke rumah dan bermalam di situ.Isteri mudanya tidak henti-henti menelefon.
Keesokan paginya dijamu suaminya itu dengan nasi yang telah dijampi dan dicampur najisnya itu.Begitu berselera Zaim bersarapan.Dia tidak henti-henti memuji masakan Aina.Sedap tidak seperti selalu katanya.Dia memandang khadamnya yang berada di sebelah Zaim lalu tersenyum penuh makna.
***********
"Abang!"
"Abang nak pergi ke mana dengan beg ni," jerit Sherry.
"Nak balik rumah sana," jawab Zaim.
Sherry cuba menahan Zaim lalu dia ditolak oleh Zaim.Apabila tiba di rumah Aina, Zaim terus memeluk dan mencium isterinya itu lalu meluahkan rasa cinta pada Aina.Aina tersenyum.Apa yang dia harapkan sudah menjadi.
Kini Zaim menjadi milik dia sepenuhnya. Sementara dia menunggu masa yang sesuai untuk menyingkirkan Sherry.Perempuan itu punca keretakan rumahtangganya.Perbuatannya harus dibalas.Aina kini telah berubah.Dikuasai dendam dan hasutan iblis.
***********
Sherry tidak puas hati bila Zaim meninggalkannya begitu sahaja.Malam itu dia nekad untuk menyerang rumah madunya itu.Dia hendak menuntut haknya.Dia tidak berpuas hati apabila Aina berjaya merampas kembali Zaim sedangkan dia yang ingin mereka berpisah.
Sherry memandu keretanya menuju ke rumah Aina.Dia memandu dengan sangat laju kerana tidak sabar untuk menyerang Aina.Tapi dengan tiba-tiba muncul lembaga hitam di sebelahnya lalu memeluknya.Keretanya terbabas lalu menjunam ke dalam sungai.
************
Ha, ha, ha, ha.
Aina ketawa setelah menerima berita kematian madunya, Sherry.Memang dia mahu singkirkan perempuan jalang itu.Dengan bantuan khadamnya dia berjaya membunuh Sherry tanpa sebarang kesan.Sherry disahkan meninggal akibat lemas.
Dia menghalang Zaim menghadiri pengebumian arwah Sherry.Zaim patuh menurut perintah isterinya itu seperti mayat hidup.Dia terus menjadi 'pak turut' Aina. Aina pula melayan suaminya sesuka hati demi membalas dendam pada suaminya itu.
Dia terus menjamu Zaim dengan nasi kangkang namun lama kelamaan perbuatannya itu menemui penghujungnya.Kebetulan pada suatu hari Zaim bertemu dengan seorang ustaz yang bernama Ustaz Syed secara tidak sengaja. Dia seorang pengamal perubatan islam.
Ustaz Syed tahu apa yang dialami oleh Zaim lalu menawarkan bantuan. Pada mulanya Zaim tidak percaya dan menolak untuk dibantu.Tapi setelah ustaz itu memujuk dan menerangkan hal yang dialaminya, dia akur.Kata Ustaz Syed, terdapat bahan kotor di dalam badan Zaim.
Zaim diberi minum air penawar untuk mengeluarkan bahan kotor tersebut.Setelah beberapa kali mendapatkan rawatan tanpa pengetahuan Aina, akhirnya Zaim sembuh.Tanpa berbicara panjang, dia terus menceraikan Aina dengan talak tiga.
Akibat tidak dapat menerima hakikat tersebut Aina menjadi gila dan hidup merempat.Anak-anak dijaga oleh Zaim. Namun sayang, Zaim meninggal dunia tidak lama kemudian kerana organ dalamannya sudah rosak teruk kerana memakan bahan kotor dan menjadi tempat tinggal jin.
Tinggallah anak-anak mereka yatim piatu.Mujur mereka masih ada datuk dan nenek yang boleh menjaga mereka.Kita sebagai manusia, sebaiknya sebelum melakukan sesuatu perkara, fikirlah apa akibatnya pada diri kita sendiri dan juga orang sekekeliling.
"Sesungguhnya jampi mantera,tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik." (Riwayat Abu Daud)
-TAMAT-

Ulasan
Catat Ulasan