Pindah


Warning ‼️ TAKUT JANGAN BACA❌


Tajuk:Pindah

---------------------

Inspektor Idris membuka pintu bilik temuduga itu dan melangkah masuk kedalam. Dia mengambil tempat duduk bertentangan Seri, seorang gadis yang sudah menunggu di situ hampir satu jam. Dia meletakkan perakam digital di atas meja dan menekan butang 'rekod'. Kemudian dia merenung wajah Seri yang jelas keresahan. Seri dengan pantas menunduk.


"Ok, Nama penuh awak ialah Seriwati Bte Kassim kan?"


"Hurmmm" jawap Seri dengan penuh lembut, mampu mencairkan mana-mana lelaki yang mendengarnya


"Dah berapa lama awak tinggal kat situ?"


"Baru jugak. Kami pindah hari Ahad 11 Oktober"


"Ok Puan Seri, boleh terangkan dengan detail apa terjadi?" 


"Hurmmm. Hari Selasa, dalam pukul 12 malam..."


"13 Oktober kan?" Inspektor Idris memotong


"Betul. 13 Oktober. Malam tu, saya dengan suami dah atas katil. Saya hampir terlelap. Suami saya pulak dah lama berdengkur. Tiba-tiba, anak saya, Aiman, ketuk pintu dengan kuat. Saya buka pintu dan nampak dia nangis. Hurmmm. Saya tanya dia 'kenapa?'. Dia cakap dia takut nak tidur dalam bilik dia tu. Dia cakap dia ternampak ada perempuan tua menyangkung atas almari dia, tenung dia"


Serta-merta bulu roma Inspektor Idris meremang


"Habis tu awak pergi check bilik dia tak?"


Pantas Puan Seri menggeleng


"Taklah. Saya mengantuk sangat. Saya suruh dia tidur dengan kami"


"Lepas tu?"  


"Besok malamnya pun sama jugak" jawap Seri spontan.


"Maksud awak, Aiman ketuk pintu bilik awak dan bilang awak yang dalam bilik ada hantu?"


"Hurmmm"


"Pukul 12 malam?"


"Hurmmm"


"Hantu apa pulak?"


"Dia cakap pintu almari dia terbukak sendiri. Lepas tu, dia ternampak seorang perempuan tua keluar dari dalam almari tu. Hurmmm, dia cakap perempuan tu pakai telekung"


Tak senang duduk Idris dibuatnya. Degupan jantungya semakin laju


"Habis tu, apa awak buat?"


"Sebenarnya suami saya tak suka Aiman tidur bersama kami. Aiman ni bila dah tidur, hurmmm, ganas. Semua orang dia tendang"


"Jadi, apa suami awak buat?"


"Suami saya cakap biar dia tidur dalam bilik anak saya tu, dia nak buktikan yang bilik tu takde hantu"


Idris mengangguk-ngangguk


"Habis tu macam mana? Ada hantu tak?"


"Besok pagi, saya siapkan sarapan macam biasa dan kami 3 beranak duduk makan bersama. Suami saya cakap dengan Aiman yang bilik tu takde hantu pun. Dia tidur nyenyak, tak ken kacau. Aiman sorak gembira. Lepas tu, suami saya cakap dia tak sihat dan dia tak nak kerja. Saya cakap oklah. So, lepas sarapan, saya dan suami saya kemas meja sama-sama..."


Tiba-tiba air mata Seri mengalir. Berkerut dahi Idris dibuatnya.


"Kenapa Seri? Awak ok tak?"


"Hurmmm" jawap Seri seraya mengangguk, tapi air matanya tak henti-henti mengalir


Inspektor Idris menghulurkan sehelai tisu. Selepas Seri dah bertenang, dia mengajukan soalan seterusnya.


"Habis tu apa jadi?"


"Hurmmm, lepas kemas meja, suami saya duduk di ruang tamu dan tengok TV. Saya pula dengan Aiman pergi ke biliknya, nak kemas. Tapi bila saya buka almari pakaiannya, tiba-tiba mayat suami saya jatuh atas saya!"


Terbuntang mata Inspektor Idris. Sekali lagi Seri menangis teresak-esak


"Nanti. Nanti. Kan suami awak tengah tengok TV? Jadi yang tengah tengok TV tu bukan suami awak lah?"


"Bukan! Saya menjerit bila ternampak leher suami saya dah terpotong. Baju tidur yang dia pakai semalam pun dah merah dengan darah. Saya capai tangan anak saya, saya nak larikan dari rumah tu. Tu yang kaki saya tersandung dan ternampak..."


Tak semena-mena, lampu dalam bilik itu berkelip. Mulut Inspektor Idris yang sedang melopong itu ditutup segera dan mendongak ke atas.


"Nam...nampak apa Seri?"


"Saya...saya nampak Aiman...Aiman terbaring bawah katil dia. Muka dia penuh dengan darah. Ma...mata dia terbeliak"


Sekali lagi mulut Inspektor Idris melopong. Tali leher dilonggarkan


"Oh my god. Jadi dalam bilik dengan awak tu bukan anak awak?"


"Bukan! Saya pa...panik, saya cepat-cepat bangun, nak larikan diri. Tapi bila saya bukak pintu, saya...saya ternampak makhluk yang menyerupai suami saya tu tengah berdiri depan pintu. Menyeringi. Saya to...tolak dia dan lari ke sini"


Dahi Inspektor Idris basah dengan peluh, begitu juga dengan pipi Seri, basah dengan air matanya yang tak henti-henti mengalir.


"Tadi kami ada pergi ke rumah Puan Seri. Hmmm, betul kami ada jumpa mayat Aiman dan mayat suami Seri. Oklah, saya meminta Seri dapat bertenang. Saya berjanji saya akan cuba selesaikan masalah rumit ni"


Seri mengesat air mata dan mengangguk. Kemudian dia mengangkat kepalanya dan mengukir satu senyuman yang sangat manis.


Tak jauh dari situ...


Inspektor Salleh bergegas keluar dari keretanya. Kelam-kabut dia berlari menuju ke bilik temuduga Seri dan Idris. Apabila dia ternampak Inspektor Idris baru sahaja menutup pintu, dia meluru ke arah lelaki itu.


"Oi. Kenapa aku call kau banyak kali tak angkat?"


"Aku sebok interview Seri lah. Kau dah kenapa?"


"Dalam bilik tu. Dalam bilik tu bukan Seri!" kuat Jeritan Inspektor Salleh. Semua orang di situ menoleh ke arahnya


"Apa kau merepek ni setan?"


"Setan? Dalam bilik tu lah setan! Tadi masa kat rumah Seri, aku terjumpa mayat Seri dalam bilik stor. Seri tu sebenarnya dah nati. Perut dia terburai! Dalam bilik tu bukan Seri. Tu setan! Faham!" Jerit Inspektor Salleh seraya mengesat dahinya yang basah dengan peluh.


"Merepek lah kau ni! Banyak sangat baca certot seram Hafiz Aziz lah ni! Dah! Aku nak pergi makan. Jom!" Idris berjalan pantas meninggalkan Salleh terpinga-pinga di situ


Salleh rasa ada yang tak kena. Dia tidak mengikut Idris, sebaliknya dia memusing tombol pintu temuduga itu tetapi pintu itu telah terkunci. Dengan sepenuh tenaga, dia menendang pintu itu berkali-kali sehingga terbuka.


Sebaik sahaja dia memetik suis lampu, Salleh beristighfar berkali-kali. Tergantung di atas bumbung ialah jasad Idris. Dia digantung di leher. Matanya terbeliak. Lidahnya terjelir.


Seri? Dia hilang entah kemana

#adepengalamanblhshare

Blh send ke e-mail mimin

@alammistik06@gmail.com


Ulasan

Catat Ulasan

Trending Now

Siapa Mawar (PART2)

Siapa Mawar (PART3END)